Monday, November 10, 2008

Majlis Guru Besar Negeri Johor

Tahniah kepada Majlis Guru Besar Negeri Johor yang berjaya mengadakan Seminar sehari yang diadakan pada 11 November, 2008, mulai jam 8.00 pagi. Diharapkan semua yang dijemput mewakili setiap daerah dapat hadir dan dapat memberikan sepenuhnya perhatian di dalam seminar tersebut. Lebih kurang 200 orang peserta akan mengambil bahagian di mana Yang Berbahagia Tuan Haji Sufa'at bin Tumin, Pengarah Pelajaran Johor turut hadir untuk merasmikan dan menyampaikan amanat penting. Turut bersama untuk menyampaikan maklumat dan input terkini ialah Tuan Haji Mohd Zakaria bin Yusof, Pegawai Pelajaran Daerah Kota Tinggi, wakil rasmi Puan Asiah binti Abu Samah, Pengarah Sekolah Kluster, Kementerian Pelajaran Malaysia. Tema Seminar kali ini adalah Guru Besar Cemerlang Negara Terbilang.. Terima kasih kepada Jabatan Pelajaran Johor yang turut membantu menjayakan program ini. Tidak lupa juga rakan-rakan Guru Besar dan Pegawai Pelajaran Daerah Kluang yang telah sudi menjadi tuan rumah dan memberikan kerjasama sepenuhnya. Selamat berseminar dan selamat maju jaya.

No comments: